Tuesday, 9 July 2013

Resepi Semperit Dahlia

Bahan-bahan

(Anggaran 70 biji)

Separuh Buttercup / 1/2 cawan planta / 1/2 cawan Daisy
3/4 Gula icing
1 biji telur kuning
2 sudu tepung kastard
2 cawan tepung jagung
2 sudu tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
Kismis hitam / ceri dll

Cara-cara

1. Pukul buttercup bersama gula icing - xpayah sampai kembang sangat..kejap je dlm 3 minit..
2. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi
3. Masukkan telur kuning dan putar lagi
4. Masukkan tepung jagung sedikit sedikit 1 cawan dulu dan uli guna hujung jari sehingga sebati
5. Masukkan tepung kastard dan tepung gandum
6. Masukkan sedikit demi sedikit baki tepung jagung uli sehingga menjadi doh ( sehingga xlekat kat tgn). jika terlembik tambah sikit tepung jagung
7. Terap acuan semperit, hias dengan kismis dan bakar dalam oven ( panaskan oven terlebih dulu yer)
8. Bakar selama 13-15 minit suhu 170 darjah celcius


No comments:

Post a Comment