Wednesday 27 March 2013

Terbeli sudah Samsung Note II.


Tarikh : 23 Mac 2013
Lokasi : Mid Valley
Bersama : Hubby & Ank

Samsung Note II...
Gadget Kedua milik aku selepas SAMSUNG GALAXY TAB 7.7...

nak kata aku gila gadget...
xlah..
ni gara2 aku selalu berebut ngan anak aku..
hahahha...ke alasan semata2.

Antara dialog aku bersama hubby aku..
" b...ma tingin la nk pakai note 2.."
hubby aku pun kata..


....start dah....
drama sudah...
mesti ada pengaruh kawan2 mama la ni...

dlm hati aku cam tahu2 je...
mana x nya sumer kawan aku dh pakai smartphone
aku masih pakai NOKIA E-72...


ceh alasan!!!!
padahal aku dah ada GALAXY TAB 7.7
apa yang kurang lagi...


ala...tu balqis punya...
balqis nk dgr dia nyer video la.. dia nyer game la.. dier nyer apps la...
hahahha...

almaklumlah...
kira aku ni baru kaya sikit la..
sbb dapat wit epf 3 thn keje gomen..
yeehaa...

kaya la kejap...
tp ni la barang pertama untuk diri aku lepas aku dapat wit epf tu..
yang len sume aku simpan dlm asb..
spend untuk wit umah..


Back to story..
napa aku pilih note ni..vs i phone 


satu :
pengaruh kawan aku..(rata2 pakai note 2)....terjebak sudaaaaaa...

dua: jari aku besau..(kalau beli iphone susah nk taip)

tiga: iphone kecik (xpuas aku nk browser)

empat : i phone aku xngeti guna.......(sbnrnya malas nk godek)


semuanya adalah alasan!!!!!

dengan harga 
RM 2099 (baru seminggu turun harga..before this rm 2299) 
giler rm200 beza..
sbb trun harga...
kuar casing warna pink yang limited edition tu...
nasib bek xbeli awal..

kalau x...
RUGI wwwwooooooooooooooo


dah abis citer..
anyway aku sangat SUKER guna NOTE 2 ni.....................





Tuesday 26 March 2013

Doa dan Zikir semasa mengandung


Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:
1.

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”


2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.



3.



“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”




Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”




Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5.

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.

Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.


Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.
Maha Suci Allah


7.

Aku Pohon ampun kepada Allah


Sentiasa membaca doa ini :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ8 .


أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ



Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki

* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu


9.Surah Al-Ansyiqaq

10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80

[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.




"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.




Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen





Cara Menanam Uri

Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.

Ini gambar uri (placenta) yang menyediakan nutrien bagi bayi (fetus) dan juga membantu pernafasan.ana Allah. "



1. MENANAM URI ANAK

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.



· Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik mudah reput seperti plastic tesco, letak garam kasar dan asam keping.Ikat seperti sup bunjut.

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbusla.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.



Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.




Petikan dari blog http://ummuafeera.blogspot.com/2010/09/sujud.html

" Tidak tahu berkaitan atau tak kisah ini. Cuma teringat kisah Badiuzzaman Said Nursi. Semasa Nursi masih kecil, kelebihannya begitu terserlah di kalangan teman sebaya malah yang lebih besar dibanding Nursi. Kelebihan Nursi terserlah dari sudut kecerdasan dalam pelajaran, mahupun kekuatan fizikalnya. Gurunya pernah menziarahi keluarga Nursi untuk melihat faktor yang membentuk peribadi unik Nursi ini. Masya Allah, bila ditanya pada Nurriyye bonda Nursi itu, apakah rahsia di sebalik kelebihan anak-anaknya itu? Nurriyye penuh tawadhuk menjelaskan, "Saya tidak meninggalkan solat malam sejak dahulu, kecuali ketika uzur syar'ie dan saya tidak akan menyusukan anak-anak tanpa ada wudhuk".

Masya Allah! Jangan tinggal solat.. Ada hikmahnya. Dan jangan solat sebab fakta sains. Niat kena selalu betul. Solatlah semata-mata ker

Sumber : http://hidayahmk.blogspot.com/2011/03/cara-menanam-uri.html

Wednesday 20 March 2013

Resipi berpantang

RESIPI SEMASA PANTANG – DAGING


DAGING BAKAR

Panggang Daging
Bahannya:
300 gm daging lembut/ batang pinang
Garam (secukup rasa)
Minyak

Caranya:
Hiris daging mengikut urat
Gaulkan daging dengan garam
Panggang sehingga masak.
Renjiskan minyak sekali sekala supaya daging tidak melekat pada pemanggang.

Air Asam
Bahannya:
4 keping asam gelugor
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Garam (secukup rasa)
Sedikit hirisan bawang kecil

Caranya:
Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya.


DAGING HALIA


Bahannya:
300 gm daging (dihiris)
(seeloknya guna bahagian daging yang tak berlemak atau boleh ganti dengan hati ayam jika suka)
1 1/2 inci halia (dihiris)
1 inci kunyit (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sb sos lada hitam-pilihan
1/3 labu bawang besar-potong
garam, minyak

Caranya:
Rebus daging dlm kuali...jgn tambah air. utk cepat empukkan
daging biarkan air daging kering dulu.
bila kering masukkan sikit2 air hingga daging empuk. biarkan air kering.
Tuangkan minyak, kacau daging rata2.
masukkan kicap, sos lada hitam dan lada hitam. kacau rata.
Masukkan bahan2 lain yg dipotong dan bawang serta garam.
goreng sampai bawang besar layu.
siap utk dimakan.


DAGING GORENG LADA HITAM (Marinated)

Bahan-bahanya:
Daging dihiris halus
1 biji bawang besar – di hiris bulat
Bahan Perap
Lada hitam secukup rasa
Halia – di kisar
Bawang besar- di kisar
Bawang putih – di kisar
Sos Cili/Cili mesin – di kisar
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa

Caranya:
Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang
besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap
Tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahanya:
Daging dihiris nipis
1 biji bawang besar – di hiris bulat
½ biji cili merah – di potong serong
½ biji cili hijau – di potong serong
½ sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa.Air secukupnya.Minyak masak

Caranya:
Perap daging dgn serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.
Masukkan daging ke dalam kuali bersama sedikit minyak danair.
Rebus daging hingga empuk.
Masukkan bawang besar, cili merah dan hijau.
Kacau sekata.


DAGING PINDANG

Bahan-bahannya
300gsm daging lembu
1 labu bawang putih -
5 ulas bawang merah -
1 -2 batang cili merah - di hiris
5 cm lengkuas - ketuk
5 cm kunyit - di hiris
5 cm halia muda
1 batang serai – ketuk
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa

Caranya:
Panaskan minyak
Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
Tuang air.
Masukkan daging.
Masukkan serai
Masukkan asam keping dan garam.


DAGING GORENG HALIA & BLACK PEPPER

Bahannya:
Daging
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
5 cm halia (dihiris)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Sedikit minyak bijan

Caranya:
Tumiskan semua bahan yg dihiris (bawang putih, bawang besar, halia) dengan sedikit minyak bijan hingga naik bau
Masukkan daging & sedikit air (nak lembutkan daging) & masukkan sedikit garam & serbuk lada hitam.



RESIPI SEMASA PANTANG – IKAN

Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah

1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10. Ikan senangin
11. Ikan kerisi
12. Ikan kod
13. Ikan bilis
14. Ikan siakap
15. Ikan salmon


SUP IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


STEAM IKAN

Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Caranya:

1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.


SINGGANG IKAN


Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.


IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak


Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.


IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.


SUP IKAN TENGGIRI

Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Caranya:

1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.


IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak


Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.


IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris

Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.


SUP IKAN HARUAN

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.


IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa


Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.


IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis


Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daunpisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.


IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)

Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.


IKAN PANGGANG HALIA MUDA

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka


Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak


Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.


IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)

Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.


IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.


IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.

Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


IKAN BILIS DAUN KARI

Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.


Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putihhingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.



Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.


Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucukpegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang



Makanan Kegemaran Rasuluallah


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumahyang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”

Sunday 17 March 2013

anak oh anak..


anak oh anak...
bila kita sebut pasal anak..
mcm2 kita akan dengar..
pada aku..
yg merupakan mama kpd seorang anak yang sedang membesar dan seorang lg yang xlama lagi akan lahir ke muka bumi ini..
anak merpakan anugerah terindah dari allah yang tiada tolok bandingnya bg setiap psgn suami isteri...

berbalik pada kenangan aku selepas kawin dulu.
aku bukanlah insan terpilih yang lepas akad nikah terus bunting pelamin.
hehehe..
xsilap aku ..aku disahkan mengandung 

Tuesday 12 March 2013

Nak bersalin Normal......................


10 Cara mudah bersalin normal

Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor.

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :). Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor :

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .

Friday 8 March 2013

Rumahku Syurgaku

Tiada yang lebih indah melainkan dapat memiliki syurga idaman sendiri..
hasil titik peluh sendiri..(campur ngan peluh suami)
hahahha...

inilah flyers rumah yang bakal menjadi milik aku...
Rumah aku ...yang belah kanan gambar...tiadalah secantik mana..tp pada aku ia dah cukup memnuhi kriteria rumah idaman aku..yang penting ada tanah & anak aku xjakun duk umah atas tanah..bukan duk umah atas angin..hahahahah

oh..xsabar mahu mendeko umah sendirik!!!!

harga umah..biarlah menjadi rahsia..

alamak nak balik....sambung update ntila...




Thursday 7 March 2013

Anak mama demam!!!!

21 Februari 2013

Sangat risau , risau dan sungguh risau...
bila anak kita demam...
rasa kalau boleh hari2 xnak kerja 
coz nak jaga dia..

tapi apakan daya mama..
mama perlu kerja..

dalam hati..menyesal juga kerja..
coz boleh mendatangkan bahaya kepada anak..
kalau kita tinggalkan anak kita pada pengasuh dalam keadaan demam...
tapai semuanya qada' dan qadar Allah..

alhamdulillah..
last aku periksa suhu balqis 38.5 darjah celcius..
dalam hati Allah je tahu..
betapa takutnya sesuatu yang buruk kepada balqis...

cepat2 mama bawa ke klinik harmoni ( g kat dengkil je..dekat )
tuptup..dr kata kene refer pakar...
sebelum tu dr suh g oksigen dlu coz macam dah ada jangkitan pada paru2..


berdesup terus g columbia hospital..
alhamdulillah..
dr kata xapa2...dr kata tahap xkritikal 
cuma kene bagi antibiotik yang ok & then observe di rumah..

keesokan harinya...

anak mama dah sihat..siap leh mamam nuget..(tp sikit je yang luak)



Little B in my Tummy

14 Februari 2013

Time ni aku dah masuk 27 Week aka dh masuk 7 bulan..

Wah, sungguh cepat masa berlalu..
anak mama sihat membesar di dalam perut mama...

tiada ungkapan yang lebih hebat selain memujaMu Ya Allah..
Tq Allah coz aku dapat menikmatinya buat kali ke dua...
Kau telah pelihara dan menjadikan ia sebaik2 kejadian...
Alhamdulillah.........Alhamdulillah...Alhamdulillah..

Permata hati yang kedua ni insyaallah Lelaki..
So cute gambar kamu ni dalam perut mama...
macam muka kakak kamu :)
owh xsabarnya mama mahu memeluk kamu, menyusukan kamu...mencium kamu..
Besar nikmatMu Ya Allah...
Syukur kerana aku bakal dikurniakan permata hati sepasang...


Time ni aku scan 4D di hospital Columbia..
asalnya aku jumpa pakar Dr Norshida coz aku rasa aku kerap sakit belakang belah kanan...
asal cerita nya ( aku jatuh 4 mata tangga di Hotel Quality, Shah Alam) - masa tu aku outstation kerja..
sedey xdapat habiskan course tu...

tak tahulah kenapa mengandung kali ini aku kerap sakit belakang...
2-3 jam aku duduk dah mula sakit..
besar dugaan mama mengandungkan kamu..
namun mama tabah..

so, dr norshida scan 3D untuk lihat kamu..
alhamdulillah...hasil scan dan periksa...
kamu sihat, dan tiada effect dari mama jatuh tu ( mama janji lepas ni mama akan lebih berhati-hati )

tara...........ini lah gambar saya dalam perut mama saya!!!!
hidung cam kakak...
mulut cam kakak...
pipi cam mama je...
sungguh comei....



sungguh aku xsangka...consultation aku bersama dr norshida(aka pakar di hospital columbia) sangat bagus!!
superb..dr nyer pun bagus....


tapi 
berbaloilah...

tengok bil...
consultation sahaja  rm120...tu belum masuk bil farmasi, scan n bla3...
the total bil xsilap aku rm249...



terkejut beruk aku...


dalam hati..
syukur ada panel...

thanks abang....:)

after sign bil..g farmasi..
doc bagi makanan terbaik untuk bby dalam perut mama ni...

xpernah aku makan mendalah pil sebesau ni..


telan juga la...
semuanya yang terbaik untuk kamu...
mudah2an kamu menjadi anak yang soleh....baik....dan genius!!
aminn...



Kepak Ayam BBQ




Bahan-bahan:

10 ketul kepak ayam
3 sudu besar sos barbeku (cap Life @ mana2 brand pun boleh)
1 sudu besar sos masam manis @ sos plum (madu di dlm sos ini akan memberikan kilatan pd ayam setelah dimasak)
½ biji lemon (ambil jusnya)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sdt garam & gula
1 sudu besar minyak zaitun @ minyak masak

Cara-cara :

1. Ayam dicuci dan dilap bersih dengan tisu kertas. Kelarkan sedikit kepak ayam dengan pisau (supaya cepat masak di bahagian isi dalamnya apabila dibakar).
2. Gaulkan ayam bersama bahan2 di atas di dalam satu bekas dan tutup kemas dengan kertas foil. Perap selama 2 jam atau semalaman.
3. Panaskan oven dgn suhu 200°C. Sediakan dulang utk membakar ayam. Lapikkan dulang tersebut dengan kertas foil dan dilengser sedikit minyak. Susun kepak ayam di dalamnya. Bakar selama 20 minit.
4. Kemudian keluarkan dulang dr oven lalu dikaupbalikkan ayam tersebut. Renjis2kan sedikit dgn baki bahan perap td. Bakar lagi selama 20-30 minit atau tunggu sehingga masak(bergantung pd jenis oven)
5. Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama sos cili/mayonis/dressing salad.
***kepak ayam ini boleh dimasak cara bakar, gril dan goreng (cara perapan tetap sama)

Siakap Stim



Sumber dari : http://sweetrecipesgallery.blogspot.com



Bahan-bahan
A) Bahan perap
1. Halia 1/2 inci
2. Bawang putih - 3 biji
Tumbuk dan lumurkan pada ikan. Isi didalam mangkuk dan stimkan

B) Bahan kuah
1. Ikan - (Kerisi/siakap/etc)
2. Bawang besar - 1 biji setengah
3. Halia - 1 inci
4. Bawang putih - 3 biji
5. Cili padi saiz sederhana - 10 biji
6. Limau nipis - 1 biji
7. Sos tiram - 1 sudu
8. Daun ketumbar
9. Garam & gula secukup rasa

Cara-cara
1. Tumiskan bawang merah, bawah putih dan halia hingga garing.
*Separuh di asingkan untuk bahan tabur.
2. Masukkan air 3 cawan
3. Tumbuk pecah cili padi dan masukkan kedalam kuali
4. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa. Biarkan kuah mendidih.
5. Hiris limau nipis dah perahkan patinya kedalam kuah.
6. Tuangkan kuah yg sudah siap tadi kedalam mangkuk ikan dan taburkan daun
ketumbar yg sudah dihiris. Teruskan stim ikan selama lebih kurang 5 minit.
7. Buka penutup dan rasakan aromanya.. fuhhhhhhhhh.........!
8. Akhir sekali taburkan bawang goreng yg diasingkan tadi. Siap untuk dihidang!

TIPS: Kuah stim seharusnya rasa pedas, lemak pati ikan, sedikit masam dan ada resa-resa manis. Aroma & rasa perahan limau kasturi dan daun ketumbar menambahkan lagi keharuman & keenakan masakan!

Wednesday 6 March 2013

Cara Mengerjakan Solat Dhuha dan Kelebihannya


” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.”

(HR. Anas B Malik).



” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

(HR Tirmizi)



” setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.”

(HR Ahmad, Muslim dan Daud)



Cara untuk melakukan , berapa bilangan rakaat bagi solat dhuha, waktu yang sesuai , niat solat sunat dhuha dan doa selepas selesai solat boleh lihat dibawah.