Tuesday, 9 July 2013

Resepi Semperit Dahlia

Bahan-bahan

(Anggaran 70 biji)

Separuh Buttercup / 1/2 cawan planta / 1/2 cawan Daisy
3/4 Gula icing
1 biji telur kuning
2 sudu tepung kastard
2 cawan tepung jagung
2 sudu tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
Kismis hitam / ceri dll

Cara-cara

1. Pukul buttercup bersama gula icing - xpayah sampai kembang sangat..kejap je dlm 3 minit..
2. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi
3. Masukkan telur kuning dan putar lagi
4. Masukkan tepung jagung sedikit sedikit 1 cawan dulu dan uli guna hujung jari sehingga sebati
5. Masukkan tepung kastard dan tepung gandum
6. Masukkan sedikit demi sedikit baki tepung jagung uli sehingga menjadi doh ( sehingga xlekat kat tgn). jika terlembik tambah sikit tepung jagung
7. Terap acuan semperit, hias dengan kismis dan bakar dalam oven ( panaskan oven terlebih dulu yer)
8. Bakar selama 13-15 minit suhu 170 darjah celcius


Resipi Donut Gebu

Bahan-bahan

500 gm tepung gandum
50 gm majerin/planta (lebih kurang 2 sudu majerin )
1 paket mauripan 11 gm
2 sudu besar susu tepung (xkisah susu apa pun..susu anak pun boleh..bedal je)
2 sudu besar gula
1 biji telur (xkisah saiz pe)
1 sudu teh garam
200 ml air suam
Toping donut ikut suka ( gula halus yang diblender/gula kastor/gula icing/coklat dll)


Cara-cara

1. Sediakan mangkuk besar.
2. Masukkan 200 ml air suam, majerin, mauripan, susu, gula kedalam mangkuk tersebut (kacau sikit bagi rata - tujuanya utk kembangkan yis tersebut)
3. Tunggu hingga 8-10 minit ( kalau dah nampak berbuih-buih), masukkan separuh tepung dulu,
4. Adun hingga sebati secara sehala saja.
5. Pukul telur dan garam pakai garfu dan masukkan ke dalam adunan dan bagi rata
6. Bila dah sebati, masukkan lagi separuh tepung tadi dan uli sehingga sebati dan menjadi doh ( sehingga rasa xlekat kat tangan)
7. Terap adunan donut tersebut dan biar selama 15-20 minit (untuk biar donut mengembang naik gebu)
8. Panaskan minyak dan goreng
9.Tadaaaaaaaaaa..Siappp!