Tuesday, 29 January 2013
Kek Batik
Bahan-bahan (sekeluarga)
- 1 packet milo (packet yg plg kecil)
- 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
- 1 buku buttercup
- 1 cawan gula halus
- 1 biji telur ayam
- serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
- 1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)
Cara-cara:
-----------------------------------------------------------------------------
1. masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie).
2. cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil.
3. kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min).
4. bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati.
5. then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan.
6. pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan..
Thursday, 17 January 2013
Wednesday, 16 January 2013
Sad Day ...
Tuhan yang Maha Mengetahui dan Mendengar...
Tiber2 tergerak hati nak cek LNPT pagi ni...
berkata2 di dalam hati
" Eh, bos xtick untuk papar markah?"
Klik kat Ulasan PPP..
bagai nak luluh jantung aku..
berkecai..
sedey...sebak...sakit hati..geram...cam nak nangis semua aku rasa...
Tatkala ketika tu hanya Tuhan je yang tahu hati aku..
Sebak kat dada aku dah tak tertahan lagi...
Hanya dalam hati dan kotak fikiran aku
"apa yang aku xbuat lagi utk dia??'
Apa salah aku kat dia?
xkan pencapaian setahun aku hanya MEMUASKAN??????
aku agree klu memuaskan tu aku dapat KALAU AKU XBUAT KERJA
aku makan gaji buta ke apa..
KENAPA?
KENAPA NASIB AKU MCM NI.......
KENAPA DIA MCM TU..
APA SALAH AKU...!!!!
Ko BUTA ke apa???
Ko BUTA ke apa???
apa sje arahan ko suruh aku buat
apa saja ko suh buat aku buat
apa lagi???
ko dapat cemerlang atas sebab sapa?
kalau x aku yang tungkus lumus????
aku ingat lagi...
aku cuti tahun lepas ( cuti bersalin)
lepas aku pantang aku pulun buat portal
bekerja keras semata2 nak bg dapat portal 5 bintang
alhmdulillah dapat
tp aku dpt apa??????
ko dpt cemerlang...
aku xdapat apa...
aku xkisah...
nak kata TERIMA KASIH keluar dari mulut ko??
HARAM!!
Susah sangatke nak ckp kat anak buah..
Aku dah cukup byk bersabar dengan ko..
Tuhan aje yang tahu...
Aku xcukup tdo nak siapkan keje ko
apa aku dapat!!!!!!!!!!!!!!!!!
apa saja ko suh buat aku buat
apa lagi???
ko dapat cemerlang atas sebab sapa?
kalau x aku yang tungkus lumus????
aku ingat lagi...
aku cuti tahun lepas ( cuti bersalin)
lepas aku pantang aku pulun buat portal
bekerja keras semata2 nak bg dapat portal 5 bintang
alhmdulillah dapat
tp aku dpt apa??????
ko dpt cemerlang...
aku xdapat apa...
aku xkisah...
nak kata TERIMA KASIH keluar dari mulut ko??
HARAM!!
Susah sangatke nak ckp kat anak buah..
Aku dah cukup byk bersabar dengan ko..
Tuhan aje yang tahu...
Aku xcukup tdo nak siapkan keje ko
apa aku dapat!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ya Allah..
Ampuni aku..
Sesungguhnya aku bekerja kerana Mu Ya Allah..
Tapi jika ia melibatkan periuk nasi aku
aku ada hak untuk pertahankan....
Berikan aku kekuatan untuk aku perbetulkan perkara ni..
BERIKAN KEKUATAN PADA DIRI AKU Ya Allah...
Monday, 14 January 2013
Kepuasan bekerja bila kerja dihargai...Alhamdulillah...
Tiada ungkapan yang hebat..selain mengucapkan Alhamdulillah...
Segala milik pujian-pujian hanya kepadamu..
aku xlayak menerima pujian ...
kerana Kau memberikan anugerah yang sementara kepadaKu untuk ku berbakti..
Alhamdulillah..
Penat lelah , keletihan semua terlerai selepas tamatnya event ni..
Kepuasan yang xterhingga apabila montaj hasil kerja tangan ku berbekalkan kemahiran yang dipinjamkan oleh Allah kepadaku BERJAYA ditanyangkan dengan jayanya...
Syukur padaMu...
Tiada Ujian dan Dugaan dan halangan semasa montaj tersebut ditayangkan...Tq Mizi dan Aliah yang jaga slide...(coz aku tangan ketar nk jg menda alah tu)- so proud of u..teknikal yang bagus!
Aku hanya buat yang terbaik..aku hanya menjalankan tugas...
Sungguh, aku tidak mengharapkan pujian ...
tapi ku bersyukur kerana ramai yang menghargainya...
dalam masa 3 hari aku buat mntaj tu...4 minit ditanyangkan cukup puas bagi aku..
dengan keadaan pertut membuyung, berkejaran dengan anak...menunaikan kerja sebagai seorang isteri di rumah...tq hubby coz byk membantu mama uruskan rumah..walaupun kamu masak xreti...tp u are superb hubby..! love u papa!
dengan tdo xcukup..tdo pun masih berdfikir...dengan masuk opis meeting...
komen itu ini..
alhamdulillah...
aku dapat laluinya juga..!
and last statement dari Puan Pengarah dan Pn Mariyam...
"Ok Mala, Terima Kasih" Good Job!
Itu sahaja yang aku ingin dengan (ucapan "Terima Kasih")
Itu dah cukup puas bagi aku...
Apabila orang lain memuji kamu, janganlah kamu merasa bangga dengan pujian itu kerana mereka hanya melihat kebaikanmu yang zahir sahaja sedangkan kamu lebih mengetahui keburukanmu lebih daripada itu. Namun bila kamu dipuji maka pujilah Allah kerana Dialah yang layak dipuji.
- Dipetik dari Ustaz Mustaffa Kamal
Apabila orang lain memuji kamu, janganlah kamu merasa bangga dengan pujian itu kerana mereka hanya melihat kebaikanmu yang zahir sahaja sedangkan kamu lebih mengetahui keburukanmu lebih daripada itu. Namun bila kamu dipuji maka pujilah Allah kerana Dialah yang layak dipuji.
- Dipetik dari Ustaz Mustaffa Kamal
&
Lagi satu statement yang menggembirakan
" Lepas ni u boleh cuti berehat CUTI TANPA REKOD aka CUTI GANTIAN..
Gantikan Sbatu Ahad yang ku gunakan cuti tersebut untuk melaksanakan kerja dirumah...
Alhamdulillah
TQ Allah..Tq semua yang turut menjayakan event tadi!!!
Jangan lepas ni kene buat montaj NGIS sudah! KARAM!!!!!!!!!
Dosa meninggalkan solat..
“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”
“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan”
(H.R. Atthabarani)
2 minggu yang amat penat
aku rasalah kan..
kalau baby dlm perut aku ni boleh jerit dr dalam perut...
mesti dia jerit cenggini
" mama...............adik penat la mama!, mama xabis2 kerja..kerja..kerja..
adik dalam perut ni asyik berfikir je..penat otak adik...
( its truly, once ibu byk memikir...anak dalam kandungan pun memikir jugak)
sian anak mama...
i'Allah....anak mama mesti bijak biler dah kuar nti ...mcm kakak kamu!
coz masa ngandung mama byk memikir...otak sentiasa ligat berputar....
so sweet..
indahnya mengandungkan kamu..
back to story...
Ya Allah..tuhan aja yang tahu betapa penatnya aku di saat aku menaip ni..
betapa mengantuknya aku sekarang ni..
betapa letih nya aku...
Maafkan mama aqish & papa...coz quality day (sabtu ahad) mama tidak gunakan bersama-sama kamu...
mama mintak maaf..
sian kamu berdua...
mama amat busy menyiapkan keje mama
buat montaj yang xsampai 5 minit dipapar masa perhimpunan bulanan esok 15 Februari 20120 | Selasa
hoho...
tp aku pasti..
kepuasan....ketenangan....
biler ianya siap ditayangkan pada hari esok..
Di saat ini..
aku masih lagi menunggu rendering video montaj yang aku edit pagi td dmpi jam 3 ptg td..
kali ni dah kali ketiga aku edit..
pada aku...
buat x susah...
tp yang susah adalah membuat storyboard dan editing..& lagi satu menelan semua komen2 orang...
itu yang amat stress bg aku,,,
tp disebabkan kejer...
keje kerana Allah untuk mendapat redhonya...
Ku gigihkan jua...
Alhamdulillah...
Monday, 7 January 2013
Mandi Wajib.....
Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
1. Niat.
2. Menghilangkan najis di badan.
3. Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib:
“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau
” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.
Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Kesimpulan yang dapat saya ringkaskan ialah:
1)Mandi dalam keadaan bercangkung dan juga berdiri. Kerana apabila bercangkung celah punggung akan terbuka dan air akan rata dan sampai ke bahagian itu..
2)Mereka yang memakai pewarna rambut selain inai adalah tidak sah mandi wajibnya dan solatnya juga akan tidak sah sekiranya mandi wajib tak sah. Tapi dapat kita lihat ramai perempuan melayu kita yang beragama islam memakai dye rambut.mashallah
3) Niat mesti semasa air sampai ke anggota badan.
meeting..meting..meetong...
sempat juga mengupdate blog walaupun busy wat koja...
aku xtahulah keje kat MaCGDI ni..sokmo meting..
tp xdak hasil...
halatuju xdak klu masuk meeting...
klu mcm kat sini...F41 xcukup tangan nk wat kijer..
buat sini xabis, touch keje lain..sumer touch2..
pastu meting sokmo..klu meting ..bile masa nk wat keje..
stress aku..!
meeting klu 1 -2 jam xpa..ni berjam2..diorang xpa la...keje nyer meting je..klu cam aku ni..dah la kene masuk meting, kene wat keje lagi...
anak buat pun terkanting2..duk men game.coz xsempat nk delegate tugas...
pening biler mikir..
camna nk setle benda ni..
kadang2 aku jd stress...
sabar jelah..
aku harap sgt setiap usaha dan kerja yang ku lakukan ..
mendapat redho Allah..dan diberkati OlehNya...
Amiin...
Wednesday, 2 January 2013
Azam 2013...
Ya Allah..
Sesungguhnya aku berazam pada diri aku...
Akan berusaha menjadi seorang hamba dan meningkatkan taqwa kepada Mu Ya Allah...
Akan berusaha untuk menjadi seorang isteri yang solehah kepada suami ku yang amat kucintai dan kasihi...
Akan berusaha menjadi anak yang solehah kepada ibu bapaku....
Akan berusaha menjadi mama yang mithali kepada anak-anakku...
Akan berusaha menjadi pekerja yang beriegriti kepada agama dan negara...
Menjadi saudara terbaik buat keluarga ....
Menjadi kawan terbaik kepada rakan-rakan di sekelilingku...
Ya Allah..
jauhkan aku dari perasaan hasad dengki...iri hati...riak...takbur...
Jauhkan diri aku dari melakukan perkara keji di sisimu..
Ya Allah..
ku bermohon sejuta keampunan daripadaMu..
di atas segala dosa-dosaku..
Jauhkan diri aku daripada perkara mengumpat...mengeji..mempersenda...
Ya Allah....
Sungguh banyak dosaku..
Ku hanya mampu memohon agar Kau membuka pintu keampunan kepada aku..
Ku bermohon agar setiap rezeki yang ku kerjakan adalah sumber rezeki yang diredhoi oleh mu Ya Allah..
Ku bermohon agar setiap kerja yang kulakukan adalah ibadah kepadaMu..
Sesungguhnya Kaulah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Amin......
Genting lagi...Self plucking Strawbery..
23 Jun 2012
Pegi lagi ke strawberi park kat genting....klu ditanya berapa kali aku turun naik ke genting...
xterkira la byk kalinya..
teringat masa ngndung balqis..ngidam nk makan strawbery fresh petik sendirik..
hoho...sbb tu la sy syg suami sy..
sanggup melayan "nafsu" isteri yang mengidam neh.
time kat bawah ni balqis dah lahir dah..sajer bwk mak abah buat kali kedua kesini...
mak abah aku pun dah 2x dtg sini...hahha..obses strawberi!
Tuesday, 1 January 2013
Pergi Genting lagi buat kesekian kalinya with family abang...
Aku xtahu dah berapa kali gaknyer aku turun naik genting highland ni...
hahha...
pengunjung setia...
time ni umoq balqis 7 bulan..hanya mampu melihat tanpa reaksi ..hahhaha.
ni mak mentua den dan adik abg palling kocik
Subscribe to:
Posts (Atom)